Friday, July 13, 2018

Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Marin PDRM



Pasukan Gerakan Marin (Polis Marin) Polis Diraja Malaysia Wilayah 4 Sabah atau pada ketika itu dikenali sebagai Polis Laut atau Marine Police Constable (MPC) ditubuhkan pada tahun 1954 beribupejabat di jalan Sim-Sim Sandakan.

Penubuhan Polis Marin ini adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah dilaut terutama kejadian rompakan yang kerap berlaku diperairan pantai timur Sabah. Selain itu juga, wujud ancaman-ancaman lain seperti penyeludupan, kejadian pencurian kayu tangar (bakau) dan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Pada awal penubuhan bot-bot yang di gunapakai adalah terdiri daripada :

3 buah bot menggunakan 2 unit injin jenis "8L3 GARDNER" setiap bot buatan British dengan kelajuan 12.4 knot. Bot-bot ini diterima daripada Jabatan Laut pada ketika itu yang panjangnya 70/75 kaki.Bot-bot tersebut ialah: P10 Segama P9 Sabahan & P8 Sangitan (nama asal semasa diterima dari Jabatan Laut ialah P1 Segama P2 Sabahan & P3 Sangitan)
5 buah bot yang panjangnya 30 kaki dikenali sebagai jongkong dan menggunakan injin sangkut jenis seagull 2hp dan British anjani 3hp.
Beberapa bot tangkapan dan dirampas juga telah dibaikpulih dan digunakan sebagai bot-bot peronda Polis.
Visi
Sebuah organisasi yang moden dan mantap memiliki pelbagai keupayaan serta mempunyai warga yang sejahtera dan beretika.



Misi
Memelihara Undang-Undang dan keselamatan
Mengekalkan keamanan dan keselamatan awam
Mencegah dan mengesan jenayah
Menangkap dan mendakwa pesalah
Mengumpul risikan keselamatan (Sek 3 (3) Akta Polis 1967 )
Membantu mewujudkan budaya hormat dalam masyarakat
Membantu mewujudkan masyarakat penyayang

Slogan
Tegas, Adil dan Berhemah

Halatuju
Pengecilan sektor rondaan dan memperbanyakan pengunaan botronda kecil
PGM mengambil alih penugasan Pondok Polis Pulau Bait Semporna
Mempertingkatkan kerjasama antara lain-lain unit/cawangan PDRM lain-lain agensi maritim negara dan penguatkuasa dari negara-negara jiran
Meningkatkan latihan PGM dalam Penyelengaraan dan Perolehan aset
Meningkatkan latihan PGM didalam dan luar negara
Latihan bersepadu risikan / siasatan / pendakwaan




Kenangan di Pulapol Kuching Sarawak.


Tahun lepas bulan oktober banyak kenangan di sarawak... Ni latihan ASAS Marin dan PGA... 

Sarjan Mejar Ismail... 

Angkat bot beramai ramai... 


 Latihan mengendalikan bot kecil



Tamat Latihan Kursus Asas PGA&MARIN 2017


Kucing Peliharaan..

Kenalkan.. Anyiao 


Kucing yang agresif tapi takut kucing betina



Harap2 sihat la meow ni kat penang nu... 

Balik Perlis.. Tanah airku...

Balik kampung yang sebenar... Kangar






Balik kampung

Dapat balik kampung walaupun lepas raya


Balik pakai waran naik MAS airlines.. 
Servis padu 



Ni baru beraya kat sawah padi.... 

Beraya di perantauan....

Aidilfitri di Kota Belud

Tak dapat balik raya.. Namun dapat merasa kehangatan syawal di perantauan.  Tq korperal Azwan open house nasik ayam the best... 

Lepas siap solat aidilfitri.. 

Baju raya tahun ni... Tunggu skuad tengah bersiap... 

Sampai kota belud.. 

Foto momen lepas makan kita pusing2 rumah.. 








Saat terindah... Mahligai cinta

11 Mac 2017


Alhamdulillah, syukur ku kehadrat ilahi.. Setelah hampir 3tahun menyulam benang cinta bersamanya... Tanggal 11 Mac 2017 adalah tarikh keramat dimana aku dan Umairah sah bergelar suami isteri.. 

Aku kongsikan skit foto aku... Layan jaa la

11 mac 2017 tarikh akad nikah... 

Aku terima nikahnya...

12 Mac 2017 hari persandingan... 

Family Zulkifli (aku) 

Family Ismail(dia) 

Potret Cinta


Sehingga kini dan selamanya harap korang doakan kebahagiaan aku dan dia... Aku berharap Allah merestui perkahwinan dan memberikan aku hidayah serta PertolonganNya mengemudi bahtera rumah tanggaku ini kelak..  Till jannah naa








Biodata diri


Nama         : Mohd NorJamal Bin Zulkifli
No.Matrik : 257463


PJJ UUM

Pelajar PJJ di UUM


Alhamdulillah telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan berkat doa ibu bapa dan isteri serta keluarga tersayang... 

Walaupun telah dimaklumkan bahawa peritnya penggalaman untuk belajar diperingkat lebih tinggi, namun saya sahut cabaran bagi mencabar diri sendiri untuk mengharungi, dan menempuhinya dengan berbekalkan semangat dari sahabat dan keluarga serta isteri yang tersayang... 

Doakan saya ya... ^, ^





Camni punya akibat kalau asignment last minit




Wednesday, July 11, 2018

Post Pertama dari Jamal Zulkifli menggunakan platform Blogspot

Assalammualaikum, hi.... 

Apa khabar..?

Ini adalah post pertama dari saya (Jamal Zulkifli) dan saya sedang dalam usaha mempelajari untuk mempelbagaikan blog..

Mohon tunjuk ajar dari rakan2..  

Ikhlas, 
Jamal Zulkifli